Sertai Program TVET peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
Setiap kursus yang ditawarkan merangkumi kelas teori & amali serta diperkukuhkan lagi dengan latihan praktikal di hotel-hotel terpilih. Tenaga pengajar kami yang berkepakaran tinggi sentiasa bersedia membantu dan membimbing para pelatih sehingga mencapai tahap penguasaan kemahiran yang tinggi untuk digunapakai di alam pekerjaan kelak.
Untuk keselesaan para pelatih, terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti bilik kuliah berhawa dingin dilengkapi peralatan audio-visual, pejabat urusan pentadbiran, bilik mesyuarat, bengkel amali, kemudahan penginapan di asrama, sesi bimbingan kaunseling dan sebagainya. Setelah tamat kursus pelatih boleh memilih untuk memulakan kerjaya di bidang perhotelan atau meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

I561-005-2:2022
Penyediaan &
Penghasilan Makanan
(SKM Tahap 2)

I561-005-3:2022
Operasi
Seni Kulinari
(SKM Tahap 3)



